Friday, April 12, 2013

Suatu Hari Nanti


Bila tengok gambar ni, rasa sayu pulak...

Ini rumah kat kampung... Tempat aku dilahirkan dan membesar di sini. Zaman kanak-kanak banyak di habiskan di sini bersama kawan-kawan kampung. Sehingga umur 17 tahun...

Lepas masuk universiti, masa aku semakin kurang di kampung. Kalau cuti semester je baru balik...lepas berkahwin, balik kampung hanya sebulan sekali  (hujung minggu). Dan yang lama pun masa time raya....

Banyak kenangan di sini...kenangan semasa membesar.....
Ni belakang rumah. Masa kecik2. kat sini pokok getah tapi dah digantikan dengan pokok rambutan


(2015)



Ni pandangan depan rumah.

Nun jauh di depan sana, rumah dak Lin. Tapi sekarang rumahnya pun dah tak de.



Bilik air & jiran belakang


Tepi rumah,
Nenek & busu Yam. 






Ni tepi rumah, dulu ada pokok rambutan, pokok pisang, tapi sekarang dah tak ada.

Dulu depan ni lapang, ada pokok kelapa. Jalan ni menuju ke kedai, masjid dan mengaji ke rumah Pak Long Nasir. Sekarang orang dah buat rumah tengah-tengah jalan    dan tanam macam-macam pokok. 

Ni pemandangan masa darjah 6. Tu rumah Ngah Dollah & sebelahnya rumah Long Sena
 

 Ni pulak jalan menuju ke Sekolah Menengah Munshi Abdullah. Tiap-tiap pagi jalan kaki ke sekolah melalui jalan ini. Sekarang ni naik kereta je la....




Musim buah rambutan memang banyak buahnya. Tapi orang kat kampung tak berapa nak heran hanya orang balik sekali sekala je sibuk nak petik. Dari kecil sampai besar keliling rumah banyak pokok rambutan. Dulu merah tapi sekarang banyak yg kuning. T

Friday, March 29, 2013

Brownies Kukus


Tiba-tiba je rasa rajin nak buat kek. Godek-godek internet akhirnya terjadilah kek ni....Resepi  ? Cari kat internet. Ada banyak (malas nak menyalinnya)

Tuesday, March 26, 2013

Cuti 23 -26 Mac 2013



 







Percutian kali ni dikenali sebagai percutian kopok lekor dan pindah2 hotel. Tiada arah tujuan hanya nak rehat, mandi kolam dan mandi pantai sahaja. Dari kuantan ke Terengganu dan patah balik ke Cherating terus ke KL. Boleh la dari terus duduk rumah je.....