Friday, December 26, 2014

Kuih Abok-abok

Ribut tak ada, apa pun tak de tetiba rasa nak buat kuih abok-abok. 



Dulu-dulu tolong mak bungkuskan kuih ni. Penuh buat satu pengukus. Dulu daun pisang ambil je belakang rumah, sekarang ni kena beli. Hmmm.... zaman dan situasi dah berubah.

Cara buatnya? Senang je... 

Sagu telur mata ikan
Kelapa parut
Gula merah
Gula pasir
Daun pisang

1. Basuh sagu dan gaulkan dengan kelapa. (Org kampung mana ada sukatan, main campur-campur je). Gaul sekali sikit garam. 


2. Buat calong daun pisang. Masuk satu sudu sagu yg telah digaul dgn kelapa. 



3. Masukkan sedikit gula merah yg telah digaul dgn gula pasir. Anggaran 1/2 sudu.

4. Masukkan sedikit sago kembali. Nak cover gula tu je.


5. Tutup calong dengan cara melipat daun tadi.


6. Kukus 




Sunday, December 14, 2014

Kuala Terengganu. Disember 2014

Layan gambar je. Malas nak tulis.

Lebuhraya baru yg belum siap sepenuhnya.