Friday, April 29, 2016

Tazkirah

Adakalanya Allah jadikan satu peristiwa yang benar-benar menyebabkan kita rasa dizalimi, bukan untuk kita melihat betapa buruknya perlakuan penzalim itu tetapi untuk mendidik kita agar mampu memaafkan kesalahan manusia dan meredhai apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.

Sesungguhnya memaafkan kesalahan manusia itu mengundang keampunan Allah. Yakinlah, memaafkan itu memberi ketenangan... bukan kerana kebaikan kita tetapi kerana Allah telah mengampunkan dosa-dosa kita.

Memahami takdir Allah itu adalah syarat untuk bahagia!


-Ustaz Pahrol Ahmad Juoi


Kenapa kita tertekan? Kerana tidak kenal Allah dan bergantung pada pujian, sanjungan dan penghargaan makhluk. Jom audit kebergantungan pada Allah

~Prof Muhaya

Saturday, April 23, 2016

Hasil Kerja Yang Pertama Selepas 4 Tahun Di Sini


Tukarkan ke warna merah. Baru orang nampak kan. 

Sebenarnya hanya cat merah je ada... Hentam saja la...



Pesta Cheng Beng: Depan rumah

Seawal jam 6 @ mungkin awal lagi mereka sudah datang. 


Ada budak tak pernah tengok dan kehairanan.


Peniaga bukak gerai depan rumah. Boleh minta sewa macam ni.


Apa yang mereka buat?


Meriah sekejap kawasan ni. Bunyi petas macam Tahun Baru Cina




Tuesday, April 19, 2016

TALAM BERLAUK INTI DAGING

Bahan-Bahan Talam:

2 cwn tepung gandum
6 sudu tepung jagung
200 ml cawan pekat ( Boleh juga guna santan kotak)
6 cwn air ( ni termasuk santan td)
2 biji telur
1/2 sudu garam

Cara-caranya:
Bancuh semua bahan dan kacau sampai rata...tapis masuk dlm talam 10x10 ..tinggal kan adunan sedikit dlm anggran 10 sudu ( ketepikan)

Adunan dlm talam kukus selama 20 minit...
Bila dah masak baru tabur bahan int/lauk di bwh yg dah dimasak

Bahan atas Inti Daging:

300 gram daging kisar
Sebiji kentang ( dadu)
Bawang goreng
Lada hiris
Daun sup ( hiris)
.
Cara-Caranya:
Tumis sedikit minyak
Masukan daging/ kentang
Kemudian letak garam dan perasa
Kalau kering tambah sedikit air
Masak sampai kentang dan daging empuk
.
Dah siap tabur atas talam td.. Lepas br tabur bwg goreng, lada, dan daun sup...renjiskan sekali adunan lebihan yg 10 sudu tadi...ni bertujuan untuk lekat bhn taburan..kukus lg dlm 5@10 minit

Sunday, April 10, 2016

Makan Malam Makaroni Cabonara


Ni secret recepi punya. Ada daun bagai...


Yang ini buat sendiri.... Tak sama kan? Memang lah.


Makaroni di rebus (pakai periuk noxxa 6 minit hp.- main agak2 je masanya. Cepat je siap )
Cendawan straw dlm tin
Sos cabonara prego
Sosej @ apa-apa seafood

Tambah: lada hitam sikit
              Keju cheddar
              

Ni ada resepi dari internet;


Basic Carbonara Sauce
1 biji bawang holland - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
500 susu segar/uht/low fat/ full cream
2 sudu minyak zaitun 
Garam secukupnya
Sikit mixed herbs, serbuk lada hitam & putih

Bahan tambahan:
- meatballs
- chicken slice
- peas
- mushrooms

Cara: 
1. Panaskan minyak sekejap dan tumiskan bawang2
2. Masukkan bahan tambahan kalau ada, goreng sekejap dan masukkan susu. Biar susu mereneh sekejap, masukkan garam, herbs dan serbuk lada hitam & putih
3. Sementara tu bancuh tepung gandum dgn air sampai rata dan tak berketul2
4. Campurkan bancuhan tepung dlm susu. Kacau sentiasa sbb sos akan makin pekat. Biar mendidih sekejap. Boleh lah tutup api



Tuesday, April 5, 2016

Simpan sini

Formal setting



Tak formal


Hmmmm.....tak formal pun kena pakai 5 sudu garfu. Islam pakai 5 jari jer...