Tuesday, August 23, 2016

Sos Thai

Sos Thai sedap dicicah dengan hampir apa sahaja. Ni nak bagi resepi, tetapi lain sikit dari resepi Sos Thai biasa, sebab ada gunakan nenas. Sedap baq ang!

Resepi Sos Thai Tropika

Bahan:
- 1 cawan nenas (dipotong kiub)
- 2 cili merah
- 2 cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
- 4 ulas bawang putih
- 3/4 cawan air (kalau nak lagi sedap ganti dengan jus nenas)
- 2 sudu besar cuka
- jus 1 biji limau nipis
- 1/2 cawan gula
- 1/2 sudu besar garam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar air

Cara:
- Blendkan nenas, cili, bawang putih dan air (atau jus nenas)
- Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
- Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
- Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sila SHARE resepi mudah ini supaya lebih ramai dapat mencuba.

Saturday, August 13, 2016

Dodol - Nanti boleh cuba


Bahan:
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka * (boleh juga gunakan gula merah)
2 cawan gula pasir *
3 cawan air *
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat

Cara-cara :
Masak bahan* hingga gula larut kemudian tapis (tunggu sejuk sebentar)
Masukkan tepung pulut dan bahan yang di masak tadi kedalam blender dan blend sebati.

Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali (kalau ada kuali non stick lagi bagus)

Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak.

Adunan akan meletup-letup dan pecah dan kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol dan tidak tak melekat.

Simpan dalam bekas kering

Nota:
Kalau suka dodol lembik.. jangan kacau terlalu lama.. nanti dodol akan jadi keras.

------------------------------------------------



Bahan-bahannya :-
* 1/2 cup gula pasir
* 1 cup gula merah
* 1 cup santan
* 1 cup tepung pulut
* 1 sudu besar tepung beras
* Secubit garam
* 3 helai daun pandan

* Boleh gandakan bahan2 untuk dapat dodol yang banyak.. 

Cara - Cara : 

Blenderkan semua bahan2 kecuali daun pandan. kemudian tapiskan dan masukkan ke dalam inner noxxa. 

Setelah itu simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi

Tutup periuk noxxa dan steam kan selama 4 minit, ulang selama 3x.. 
1st - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
2nd - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
3rd - Steamkan lagi 4 minit, buka penutup & kacau. Dah siap...

* Sila kacau dengan sekuat hati untuk mengelak dodol tu berketul2 yer.. hahaha boleh jadi hakak sado lengan ni kacau dodol noxxa.. kekekke

Thursday, August 11, 2016

Pizza Noxxa


1 cwn tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan air suam

Gaul semua dalam innerpot. Saya rehatkan dlm 5 minit shj... 

Steam 7

Kalau nak pizza crust, boleh kurangkan bahan2.. atas tu agak tebal dohnya.

Wednesday, August 10, 2016

Resepi kuih sagu merah


Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..
4 1/2 - 5 cwn santan.
1 camca teh garam
Sirap merah ros

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali sirap ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan sirap ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih ~ 1 cwn. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Lapisan terakhir tambah lagi sirap ros. Lakukan hingga habis. Sejukkan dan potong.