Wednesday, March 20, 2019

Bokashi Bran

Anda perlukan :

1. 2kg dedak/sekam/habuk papan
2. 1L air panas tanpa klorin (jumlah air bergantung kepada jenis bahan kering yang dipakai. Sekam perlukan air yang lebih banyak dari dedak.
3. 200ml EM
4. 200ml molasses
5. 100ml baja ikan (jika ada)

Cara membuat :

1. Campurkan semua bahan cair, tuangkan kedalam bahan kering (macam buat biskut pulak….).
2. Gaulkan semuanya, anda akan tahu adunan ini sempurna bila adunan digenggam dan ia berketul. Baunya wangi, manis seperti bau jeruk.

3. Masukkan adunan ini dalam beg plastik, mampatkan supaya sebanyak mungkin udara keluar, kerana adunan ini perlu disimpan/peram tanpa oksigen atau dalam kata lain, ialah proses anaerobik.

4. Ikat ketat beg plastik, label tarikh, dan simpan ditempat sejuk dan jauh dari cahaya matahari, selama sekurang-kurangnya 2 minggu.

5. Jika anda dapati ada kulapuk berwarna putih selepas diperam selama 2 minggu, itu petanda baik. Kulapuk ini kulapuk baik. Bau harum bagai jeruk juga petanda bokashi bran ada menjadi. Jika bau busuk atau ada kulapuk hitam, kemungkinan besar bokashi bran anda tak menjadi. Buang ajelah.

Selepas 2 minggu, anda boleh keluarkan dari plastik peraman, dan jemur kering. Simpan dalam bekas bertutup atau kedap udara. Penggunaan dalam kompos bokashi akan saya tunjukkan dalam post/album yang seterusnya, InsyaAllah.