Thursday, September 25, 2014

Kerabu Mangga.


Ini adalah lagi satu versi kerabu mangga. Cubalah ye...

Bahan-bahannya:


Mangga             (Suka hati lah) 
Cili api                (Pun suka hati nak banyak mana)
Sotong               4-5 ekor potong bulat
Tomato               2 biji
Bawang besar    2 biji (kalau bawang holland lagi best)
Serai                   2 batang
Bunga kantan      1 batang
Gula 
Garam

Cara-caranya:

1. Potong bulat sotong dan rebus sampai masak
2. Kupas dan sagat mangga 
3. Tomato dan bawang besar potong dadu
4. Hiris halus cili api, serai dan bunga kantan
5. Gaulkan kesemua bahan dan seuaikan rasanya dengan gula dan garam
Mangga yang telah disagat


Potong dadu bawang dan tomato
Hirisan bunga kantan juga


Serai 


Cili api. Kalau rasa nak cilikan orang letak lebih


Gaulkan

Monday, September 22, 2014

Ros

Bunga kesukaan









Warna ros ini, teringatkan zaman kat u masa konvokesyen pada tahun tahun awal kemasukan.


Kuning pun ada ceritanya


Yang ni macam romantik


Yang ni lawa


Macam mana kalau depan rumah ada pokok ros.







Keliling rumah ada pokok ros, sejuk, tenang. Hmmmm....... bila boleh dapat?



Ada kolam lagi



Ada pokok anggur


Pastu ada pokok apple yang buahnya tergolek2 macam ni




Pokok limau pun ada jugak.


Hmmmm..... Terlebih berangan ni

Wednesday, September 17, 2014

Cuti Sekolah Bulan 9, 2014


Sebenarnya banyak kerja yang tak dibuat. Sejak dua menjak ada PBS ni cuti sekolah pun kena buat kerja. Bezanya kerja buat kat rumah dan tak perlu mengajar. Aku tak sokong kalau anak-anak nak jadi guru.
Jalan mesti jalan. Kalau tak jalan lagi pening tengok kerja belambak.








Ni diaaaa..... Pergi mana?
 Gold Coast Morib je... Lepas tu gi 
Tengok je tapi tak naik pun..
Lepas tu makan2
Adik terjumpa lego pulak. Tumpang main je. Tak beli pun

Sekian


Pergi sambung buat kerja sekolah. Pengetua dah nak tengok minit mesyuarat.