Wednesday, September 23, 2015

Resepi Rendang Ayam

(Versi negeri Melaka)

Bahan-bahannya:-
2 ekor ayam
Santan 2 biji kelapa
Kerisek
Daun kunyit
Daun lumau purut

* kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai 
Kunyit hidup
Lengkuas
Cili kisar

Cara-caranya:-

Panaskan minyak




Tumis bahan kisar




Masukkan cili. Kacau dan pastikan betul2 garing




Masukkan ayam. Kacau.




Masukkan santan.


Tunggu dan kacau sekali sekala hingga pekat. 
(Jangan gunakan santan yang terlalu cair-lama kena tunggu nanti. Ayam pun hancur)

Masukkan perasa dan kerisek.

Masukkan daun limau purut.

Bila hampir kering, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.



Siap !

Sesuai dimakan dengan ketupat untuk hari raya.

Tuesday, September 1, 2015

Kek Lumut

Tetiba terpikat dengan resepi kek lumut Sheila Rusly. Bahan-bahannya pun tidak rumit. 

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan horlick
3/4 cawan gula halus
250gm mentega
4 biji telur
4 sudu besar kaya 
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan nestum - dikisar
Pewarna hijau secukupnya
Esen vanilla

Cara-caranya:

1. Putat mentega dengan gula sampai putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan susu & seri kaya
4. Masukkan tepung di selang seli dgn horlick & nestum
5. Masukkan pewarna & esen vanilla.
6. Masukkan dlm loyang.  Tutup loyang dgn aluminium foil.
7. Kukus 2 jam setengah.



*tapi malas, tak tutup dgn aluminium foil, kek jadi lembik sikit