Bahan:

  1. Belacan – 500g
  2. Gula molases / gula merah – 500g
  3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 2.5 L

 

Cara buat:

  1. Rendam belacan di dalam bekas berisi air 2.5 L. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula molases. Kacau sehingga sebati.
  3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  4. Peram selama sebulan.
  5. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara guna:

  1. 100 mL pati + 20 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali