Wednesday, September 11, 2019

Kuih Gading Galoh

Saya teringat semasa zaman kanak-kanak, emak saya selalu membuat kuih ini semasa Hari Raya Haji. Kebiasaannya ketika hari perayaan ini emak akan membuat beberapa jenis kuih muih, tidak seperti hari raya puasa yang menyediakan ketupat dan rendang. Selepas kenduri, kuih akan diberi kepada saudara mara atau jiran tetangga (tukar- tukar kuih).
Saya google resepi ini di internet tetapi tidak menepati apa yang dihajati. Kebanyakannya berwarna hijau. Bukan, saya hendak yang berwarna kuning.
Hairan juga kenapa warna hijau sedangkan saya mengenalinya sebagai kuih yang berwarna kuning. Dan rasanya juga berbeza.
Yang hijau serimuka dan yang kuning gading galoh !

Bebola Ayam Berkeju

Bahan-Bahannya:-

  • Ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu tepung
  • 1 sudu kecil bawang putih
  • 2 biji kentang
  • lada sulah
  • telur 
  • breadcums
  • Mozarella cheese
Caranya
  1. Rebus kentang
  2. Kisar ayam, tepung, garam dan bawang putih
  3. Lecek kentang yang telah empuk. Campurkan dengan ayam kisar tadi. Tambahkan lada sulah.
  4. Bentukkan bulat. Masukkan cheese tengah2.
  5. Rebus 10 minit
  6. Pukul telur. Celupkan dalam telur dan breadcrums. Buat 2X
  7. Gorengkan