Saya teringat semasa zaman kanak-kanak, emak saya selalu membuat kuih ini semasa Hari Raya Haji. Kebiasaannya ketika hari
perayaan ini emak akan membuat beberapa jenis kuih muih, tidak seperti hari raya puasa yang menyediakan ketupat dan rendang. Selepas kenduri, kuih akan diberi kepada saudara mara atau jiran tetangga (tukar- tukar kuih).
Saya google resepi ini di internet tetapi tidak menepati apa yang dihajati. Kebanyakannya berwarna hijau. Bukan, saya hendak yang berwarna kuning.
Hairan juga kenapa warna hijau sedangkan saya mengenalinya sebagai kuih yang berwarna kuning. Dan rasanya juga berbeza.
Yang hijau serimuka dan yang kuning gading galoh !
No comments:
Post a Comment