Monday, November 28, 2016

Sira Pisang


Senang saja.

Pisang
Gula 
Daun pandan
Pewarna kuning
Bunga cengkih

Masak gula bersama air. 
Masukkan daun pandan, pisang, pewarna & bunga cengkih. 
Masak sampai gula larut. 
Simpan dlm peti sejuk.

Sunday, November 13, 2016

10 TEKNIK BAJET UNTUK HALAU CICAK DARI RUMAH


Salah satu  langkah yang kita lakukan untuk menghalau cicak dari kediaman ialah dengan menggunakan siling kapur. Pun begitu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memasangnya. Oleh itu Web Impiana sediakan anda 10 cara yang murah dan senang untuk diikuti;

1. Serbuk kopi
Caranya mudah, campurkan serbuk kopi dengan serbuk tobacco  dan sedikit air. Bentukkan bulat-bulat kecil. Kemudian, lekatkan pada hujung pencungkil gigi dan letakkan di sudut rumah yang gelap terutama belakang almari, perabot dan sebagainya. Apabila cicak ternampak, ia akan memakan bahan tersebut dan mati. Anda kemudian bolehlah buangkan bangkainya seminggu sekali.

2. Bawang putih
Gantungkan bawang putih dikeliling rumah atau jadikan ia dalam bentuk jus dan masukkan ke dalam bekas semburan. Sembur  dibahagian yang mudah didekati cicak.

3. Bawang besar
Anda juga boleh menggunakan bawang besar jika tiada bawang putih. Praktikkan kaedah yang sama iaitu potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam kantung. Gantungkan di bahagian kediaman yang berpotensi didatangi cicak. Ataupun anda juga boleh mengisar bawang besar dan dapatkan perahan jus. Simpan di dalam botol semburan dan sembur di kawasan tersebut.

4. Plypaper
Lekatkan di bahagian dinding yang anda sering terlihat cicak itu. Apabila cicak terlekat pada kertas tersebut anda kemudiannya bolehlah buangkan.

5. Cili kering
Gantungkan sebungkus cili kering di kawasan yang banyak cicak. Bau cili kering itu akan menyebabkan ketidak hadiran cicak.
 
6. Bela Kucing
Cicak sangat takut kepada kucing, jadi belalah kucing untuk penyelesaiannya!
 
7. Kulit Telur Ayam
Cicak sangat alergik dengan mineral kulit telur ayam. Caranya adalah basuh dan keringkan kulit telur ayam itu dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan pada saiz yang kecil. Letakkan di mana-mana untuk mengelakkan cicak berkunjung.
 
8. Bunuh Serangga
Pastinya anda mengetahui bahawa serangga adalah makanan cicak. Jadi anda seharusnya membunuh serangga terlebih dahulu. Sekiranya rumah anda tiada serangga, pastinya cicak juga tiada!
 
9. Jaga Kebersihan Rumah
Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan kemas bagi mengelakkan kehadiran cicak.
 
10. Air dan Cili Api
Cicak sangat tidak sukakan campuran air dan cili api. Ambil 4 hingga 5 biji cili padi dan bancuhkan bersama air. Masukkan dalam botol spray. Kemudian spray di tempat yang adanya cicak.

Kredit:Oleh: Wan Nurhalimah Wan Abdullah