Thursday, August 3, 2017

Lagi Satu Resepi Sardin - Simpan Sini. Tq Pemilik Resepi

Bismillah.

Ini adalah resipi yang saya gunakan dalam membuat ikan sardin berkuah yang dibuat jualan. Kami sekeluarga memang suka makan sardin, tetapi dengan adanya media elektronik ni, macam-macam perkara negatif kita baca mengenai makanan segera. 

Di dalam keadaan yang agak uzur ini, saya sedekahkan ilmu ini agar Allah membalasnya dengan kesihatan yang baik bagi saya dan keluarga serta anda di luar sana. Panjang2kanlah. Semoga bermanfaat.

Resipi sardin berkuah 100% tanpa pengawet.

Bahan-bahan:
1 kg ikan sardin/selayang
5 biji buah tomato merah sederhana besar
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Secubit habbatus sauda
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Cara-cara :

Ikan 
- buang kepala dan ekor
- buang isi perut ikan
- semasa mencuci ikan.. pastikan darah di tulang perut dicuci bersih kerana inilah penyebab ikan hanyir
- rendam ikan di dlm air bersama potongan/perahan limau (lebih kuat berbanding asam jawa) untuk menghilangkan hanyir ikan.

Tumisan
- kisar halus cili, bawang merah, bawang putih dan halia
- masukkan minyak untuk menumis terus ke dalam periuk tekanan (pressure cooker) 
- tumis dengan api sederhana

Tomato
- buang bahagian keras dan potong kecil
- kisar halus tanpa air

Bila bahan tumis dah garing dan cili dah bertukar warna (tanda garing n masak), masukkan tomato kisar tadi. Masukkan air sedikit dahulu. Agak-agak ikan tenggelam di dalam kuah.Biar kan sehingga mendidih.

Sementara menunggu kuah mendidih, bolehlah bilas ikan dari rendaman air limau tadi dan toskan. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan habbatusauda (ubat segala penyakit kecuali mati). 

Seterusnya masukkan ikan dan pastikan air menutupi ikan. Tunggu seketika hingga mendidih dan boleh lah tutup periuk dan biarkan selama 45 minit. 

Jika ingin simpan, sejukbeku kan. Bila rasa nak makan sardin, keluar dan biarkan sekejap. Kalau dimasak yg masih beku.. dikhuatiri ikan hancur nanti.

SELAMAT MENJAMU SELERA.

InsyaaAllah halalan toyyibah dan bebas dari pengawet dan perasa tiruan.