Sunday, February 7, 2016

CARA HENDAK MEMBUAT PENGGALAK TANAMAN (PLANT BOOSTER)

Sumber : internet
(Minta maaf copy paste. Simpan sini supaya senang cari nanti)

OLEH PN. SALINA SHAMSUDIN
(Sumber Rujukan ialah Jabatan Pertanian Malaysia)

Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. 

Bahan A (pisang, nenas, betik, kangkung
belacan)


Bahan B (telur, gula merah, dedak 
atau beras hancur, susu cair & air)


Labu yang dipotong nipis


Bahan C (labu & ragi)


Bahan-bahan

Bahan A (kisar halus)
1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan

Bahan B
6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air

Bahan C
11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebih kurang 2 mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.


Yis bersama labu yang dihiris

Proses memeram selama 7 hari

Tapis dengan kain jarang

Cara Membuat

1. Campur bahan A (yang dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Pastikan bekas yg digunakan tidak p enuh. Perlu ada sekurang-kurangnya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman.

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja begitu (jangan usik usik).

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.

6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, sebab proses menapis sangat menguji kesabaran.  BPT ni agak pekat dan sedikit berlendir.


Baja Penggalak Tanaman (BPT)
sedia untuk digunakan

Cara penggunaan

Cairkan baja penggalak tumbuhan (BPT) 10 atau 20 ml dengan 1L air tanpa klorin. Ikutlah citarasa masing masing.  Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Baja Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.

Nota : Baja Penggalak Tanaman ini diubahsuai oleh Pn. Salina Shamsudin dari resepi Jabatan Pertanian Malaysia

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Pn. Salina Shamsudin 


No comments:

Post a Comment