Friday, July 1, 2016

Resepi Kek Gula Hangus

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:
2 cawan gula
2 cawan air

1/2 cawan (125 gm) mentega
*Gula digoreng dengan api sederhana besar hingga perang. Bila gula dah keperangan masukkan air (hati hati sebab gula akan meletop letop) Kecilkan api dan cepat2 masukkan air sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya. Lepas tu tutup api dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

6 biji telur gred A
1/2 cwn susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Pukul telur sampai kembang & gebu guna blender pun boleh.

2. Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati. Tuang dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, soda bikarbonat yang diayak terlebih dahulu.

3. Tuang kan esen vanila dan kacau sebati guna senduk. Last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.

4. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik (perap 2 jam pun dah ok)

5. Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Baki 11 minit terakhir tu pulak api atas & bawah, atau kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 minit



Kek sarang semut...versi tanpa perap...bersarang x ?

resipi
Bahan gula hangus..
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
1/2 cawan butter ( mentega pun boleh)
Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. .bila dah perang.. masukkan air panas.. bila gula dah larut.. tutup api dan masukkan butter.. biarkan sejuk.. pastikan betul2 sejuk yer..

2 cawan tepung gandum (ayak)
1 1/2 sdt soda bikarbonat ( ayak)
1/2 cawan susu pekat manis
5 bj telur
1 sdt esen vanilla

Blender telur 10 mnt..
Dalam bekas lain.. satukan tepung dan soda bikarbonat. .masukkan telur yg dibender. . esen vanilla dan susu pekat ke dalam tepung.. . kacau sebati.. masukkan air gula hangus..kacau kacau sebati..
Gris loyang.. lapik baking paper.. tapis adunan ke dlm loyang.. bakar api bawah sahaja selama 1 jam..suhu 180' ..kemudian.. bakar lagi 10 mnt api atas sahaja suhu 180*. .
Boleh juga dikukus.. 1 jam @ hingga masak..

No comments:

Post a Comment