Saturday, August 13, 2016

Dodol - Nanti boleh cuba


Bahan:
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka * (boleh juga gunakan gula merah)
2 cawan gula pasir *
3 cawan air *
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat

Cara-cara :
Masak bahan* hingga gula larut kemudian tapis (tunggu sejuk sebentar)
Masukkan tepung pulut dan bahan yang di masak tadi kedalam blender dan blend sebati.

Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali (kalau ada kuali non stick lagi bagus)

Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak.

Adunan akan meletup-letup dan pecah dan kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol dan tidak tak melekat.

Simpan dalam bekas kering

Nota:
Kalau suka dodol lembik.. jangan kacau terlalu lama.. nanti dodol akan jadi keras.

------------------------------------------------



Bahan-bahannya :-
* 1/2 cup gula pasir
* 1 cup gula merah
* 1 cup santan
* 1 cup tepung pulut
* 1 sudu besar tepung beras
* Secubit garam
* 3 helai daun pandan

* Boleh gandakan bahan2 untuk dapat dodol yang banyak.. 

Cara - Cara : 

Blenderkan semua bahan2 kecuali daun pandan. kemudian tapiskan dan masukkan ke dalam inner noxxa. 

Setelah itu simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi

Tutup periuk noxxa dan steam kan selama 4 minit, ulang selama 3x.. 
1st - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
2nd - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
3rd - Steamkan lagi 4 minit, buka penutup & kacau. Dah siap...

* Sila kacau dengan sekuat hati untuk mengelak dodol tu berketul2 yer.. hahaha boleh jadi hakak sado lengan ni kacau dodol noxxa.. kekekke

No comments:

Post a Comment